APA ITU SUBLIMATION?

APA ITU SUBLIMATION?



SUBLIMATION adalah kaedah boleh dikatakan kerap menjadi pilihan dalam industri percetakan. Sublimation merupakan kaedah yang menggunakan haba dalam proses untuk memindahkan sesuatu imej dari kertas sublimation/kertas inkjet. Kemudian kertas ini akan ditekap ke atas produk/item yang dimahukan dengan menggunakan mesin heat press. Antara salah satu produk yang boleh dihasilkan dengan kaedah sublimation ini ialah t-shirt.

Kaedah sublimation ini hanya boleh digunakan ke atas produk-produk tertentu sahaja. Kaedah ini hanya boleh dihasilkan ke atas permukaan yang mempunyai satu lapisan khas yang dikenali sebagai coating yang akan membantu penerimaan imej ke atas produk tersebut. Tanpa coating, imej tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.


Kelebihan kaedah sublimation

 Kualiti Imej yang dicetak pada produk adalah sangat jelas, cerah dan terang yang tidak dapat diperoleh dengan mana-mana kaedah yang lain.

→  Jenis Pakaian: Hampir semua jenis pakaian/aksesori seperti jaket, seluar, dan topi boleh menggunakan teknik ini.